Saturday, April 4, 2009

Kejohanan Olahraga Daerah Hulu Terengganu kali ke-41

Kejohanan olahraga kali ke-41 yang berlangsung pada __Februari 2009 bertempat di SMK Jenagor telah memberi laluan kepada pelajar-pelajar untuk menunjukan bakat dalam acara-acara yang dipertandingkan. SKKP telah menghantar beberapa orang wakil untuk beberapa acara olahraga seperti acara larian 100m, 200m, 80m berpagar, 4 x 100m, lompat jauh, lontar peluru. Adik Nana Nadia binti Kasim antara pelajar yang menonjol dalam acara larian 100m dan 200m. Beliau telah menempatkan diri di dalam 10 peserta untuk larian akhir bagi kedua-dua acara. Pada kejohanan kali ini SKKP hanya membawa pulang hadiah tempat ke-2 dalam perbarisan kontijen olahraga. Maskot SKKP iaitu (Burung Taucan) serta pakaian tradisional yang diperagakan oleh pelajar-pelajar SKKP telah menarik perhatian pihak juri. Syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar serta guru-guru yang bertungkus-lumus dalam menyediakan kelengkapan dan latihan untuk olahraga ini.

No comments: