Saturday, April 4, 2009

Kem Bestari Solat

Kem Bestari Solat yang bermula pada 2 - 4 mac 2009. Ustaz Nazarudin peneraju utama program 3 hari 2 malam ini. Pelajar tahun 4 - 6 terlibat sepenuhnye dalam program ini.

Kejohanan Bola Sepak

SKKP menjadi tuan rumah untuk kejohanan Bola Sepak peringkat zon tahun ke 3 berturut-turut dan mendapat tempat ke-2 dan seterusnya mewakili Zon ke peringkat daerah pada kali ini bersama-sama SK Telemong. Pencarian pemain sedang giat dijalankan atas sebab-sebab pemain SKKP tidak mencukupi untuk ke Daerah yang akan bermain 11 orang sepasukan....

Kejohanan Bola Tampar

Jurulatih En Mazlan Hamzah dan Shamshurizat Hashim.

Kejohanan Bola Jaring

Cik Rohani Harun jurulatih bola jaring SKKP. Kejohanan berlangsung pada bulan __Februari 2009. SKKP mendapat tempat penyertaan. Usaha gigih untuk kemenangan. Wujudkan semangat mahu "Menang". Latihan giat perlu dijalankan.

Pertandingan Nasyid

Pertandingan Nasyid Peringkat Zon KDSR-4 telah berlangsung pada ___Februari 2009 bertempat di SK Getang. Latihan giat dijalankan selama sebulan dan diketuai oleh Pn Laila bt Yunus pembantu Pra SKKP. Bertungkus-lumus Pn Laila melatih artis-artis SKKP lagu nasyid ciptaan beliau sendiri. Pasukan nasyid Al-Hidayah mendapat tempat ketiga peringkat Zon.

Kejohanan Olahraga Daerah Hulu Terengganu kali ke-41

Kejohanan olahraga kali ke-41 yang berlangsung pada __Februari 2009 bertempat di SMK Jenagor telah memberi laluan kepada pelajar-pelajar untuk menunjukan bakat dalam acara-acara yang dipertandingkan. SKKP telah menghantar beberapa orang wakil untuk beberapa acara olahraga seperti acara larian 100m, 200m, 80m berpagar, 4 x 100m, lompat jauh, lontar peluru. Adik Nana Nadia binti Kasim antara pelajar yang menonjol dalam acara larian 100m dan 200m. Beliau telah menempatkan diri di dalam 10 peserta untuk larian akhir bagi kedua-dua acara. Pada kejohanan kali ini SKKP hanya membawa pulang hadiah tempat ke-2 dalam perbarisan kontijen olahraga. Maskot SKKP iaitu (Burung Taucan) serta pakaian tradisional yang diperagakan oleh pelajar-pelajar SKKP telah menarik perhatian pihak juri. Syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar serta guru-guru yang bertungkus-lumus dalam menyediakan kelengkapan dan latihan untuk olahraga ini.